ASSALAMUALAIKUM WBT
Semalam abang lepak bekpes dengan member abang dekat kedai kopi tepi rumah abang ni je. Dia ajak ngopi sebab nak mintak tolong abang merungkaikan kekusutan dia tentang alkaliniti dalam makanan dan minuman harian kita.
Sebab dia dok baca macam macam info jadi dia pon tak tahu samada sumber tu soheh atau tidak. Jadi dia refer la dengan orang yang lebih pakar (baca: abang kacak lah, kahkah!).
Jadi harini korang beruntung la, abang tulis balik info penting apa yang abang share dekat kawan abang tu.
7 MITOS TENTANG ALKALI DALAM MAKANAN DAN MINUMAN KITA
Mitos #1 : Kita Mahukan Badan Kita Menjadi Alkali
SALAH! Tisu badan kita mempunyai kadar pH yang berbeza antara satu sama lain bergantung pada fungsi nya.
Sebagai contoh, tahukah anda, Vagina memang dijadikan pada pH asidik kerana ini untuk mengelakkan dari berlakunya infeksi vaginal. Infeksi di Vagina terutama yis, gemar akan kondisi yang alkali untuk ia bertumbuh.
Dan kau tahu tak, perut kau tu teramat asidik, yang manampH perut kau sebenarnya berada pada tahap pH 2.0! Trust me, kau takkan hidup kalau pH perut kau bukan dalam keadaan asidik.
Mitos #2 : Daging Merupakan Penyumbang Makanan Asidik Dalam Diet Seharian Kita
PALESU! Mengikut Dr. Jade Teta, 70% makanan yang berasid datang dari produk kekacang dan tenusu. memang betul daging ber pH asidik, tapi kau tahu, sebab itulah kita dihidangkan dengan banyak sayur sayuran dalam steak daging kita!
Mitos 3# : Gula ialah Asidik
Haha, ni paling abang geram sekali. Lemak, gula dan kanji mempunyai pH yang neutral iaitu 7.0. Kau tahu tak, lemak, gula dan kanji ni tak mengandungi sebarang minerals, sulfur mahupun protein.
Hanya apabila menggabungkan elemen ini didalam bahan masakan yang lain barulah ia akan berganjak ke pH asid atau pun alkali. Bijak kan abang? Kahkah
Mitos #4 :Anda Boleh Tahu Tahap Asidik Dalam Badan Melalui Ujian Air Kencing (Urine Test)
Ni satu lagi abang nak gelak lepastu nak marah, kahkah. Memang betul makanan boleh mempengaruhi perubahan pH air kencing, tetapi mengukur pH air kencing untuk mengetahui pH badan ialah sia sia.
Kerana ianya bukan lah menunjukkan pH darah ataupun yang lain. Monica Reinagel, The Nutrition Diva berkata, “Bimbang akan pH pada air kencing kita ibarat kita bimbang akan sampah yang dah berada di dalam tong sampah.” Kau paham ke ni?
Mitos #5 : Makanan Boleh Mengubah pH Dalam Darah Anda
SALAH ABE WEH! pH darah dikawal ketat oleh buah pinggang dan organ penting yang lain iaitu pada takat 7.4 SAHAJA. Kalau ada sedikit perubahan pH pada darah, akan mengakibatkan kesan serius termasuk mati tau! Bermaksud, tidak kira berapa pH makanan yang masuk kedalam badan, organ didalam badan kita akan regulate semula ke pH asal darah iaitu 7.4
Mitos #6 : Kanser Hanya Berada Pada Keadaan Asidik
Sebenarnya salah, pada pH 7.4, darah kita sudahpun berada pada takat alkali dan tidak kira lah berapa banyak makanan berunsur alkali yang kita consume, badan kita akan tetap regulate kan semula pH ke level 7.4. (rujuk poin ke#5).
Mitos #7 : Kajian Menunjukkan Makanan Berasidik Menyebabkan Penyakit Osteoporosis, Sengal Otot dan Kerosakan Buah Pinggang.
TIDAK TEPAT. Setakat ini, takde bukti kukuh dan kajian menyeluruh yang mengatakan makanan berasidik menyebabkan kerosakan buah pinggang ke, sengal otot ke (muscle fatigue).
Leave a Reply