• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Kacak

  • Abang Punya Cerita
  • Siapakah Abang Kacak
  • Archives
  • Call Abang
You are here: Home / Jalan jalan / 7 TIPS BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND KETIKA CUTI SEKOLAH

7 TIPS BERCUTI KE CAMERON HIGHLAND KETIKA CUTI SEKOLAH

8 March 2019 by rajayusaini 4 Comments

gambar abang dekat boh tea farm cameron highland

Assalamualaikum wbt

Kalau kau nak naik Cameron Highland time cuti sekolah bulan Mac ni, seeloknya tak payah lah pada abang. Tapi kalau kau nak jugak pegi, takpelah. Abang bagi, tapi dengan syarat, folow 7 TIPS ni, janji?

1. Ikut Simpang Pulai kalau dari Utara

Kalau korang bertolak dari Utara sila ikut Simpang Pulai (jalan dia agak luas berbanding jalan dari Tapah) manakala kalau dari Kuala Lumpur boleh ikut Tapah. Hati hati ya kalau ikut jalan Tapah ni, agak curam dan sempit.

2. Tolong la bertolak awal!

Bertolak awal! Kau jangan nak gerak lekk lekk luu. Gerak awal, kalau boleh lepas semayang subuh tu dah bertolak. Kau masakla nasik lemak ke bihun goreng ke siap siap. Tapau n nanti berenti la mana mana makan berkelah. Kan lagi besttt.

3. Booking penginapan awal awal

gambar booking penginapan awal awal

Booking awal 2 minggu atau sebulan sebelum pergi ke Cameron Highland waktu cuti sekolah. Harga murah je kau boleh dapat dekat booking.com, serius weyy. Abang cadangkan kau pegi lah dekat Kea Farm. Tidur sana. Tempat best, mesra kanak kanak, harga makanan murah, dan dekat kea farm, depan tu je ada pasar malam. Boleh shopping beli sayur dan buah!

ni gambar abang n family dekat kea farm
Kea farm booking dekat booking.com je. murah dan berbaloi
gambar waktu malam di kea farm cameron highland
gambar waktu malam di kea farm. Sejuk bro, time ni 16 darjah celcius

4. Cari gerai buah S Corner

gambar gerai buah S corner
gerai buah S corner di cameron highland

Kalau kau pergi time cuti sekolah, kau kena tau harga buah buahan, stoberi, sayur akan naik kaw kaw. Haha, jangan cakap abang tak bagitau k. Tapi jangan risau, kau boleh waze atau google maps je gerai S Corner. Banyak buah buah dan sayur dijual pada harga jauh lebih rendah dari kedai lain.

5. Gerai nasik berlauk best di Tanah Rata

Kalau nak makan nasi berlauk, jangan makan di Cameron Square yang di antara Bee Farm dan Butterfly farm di Brinchang (berdekatan dengan Kea Farm). Mahal terukk. Kalau nak nasi berlauk, cari di Tanah Rata. Lagi puas dan berbaloi. Nasik Kandar Mamu Ismail sedap, abang kasi 4 bintang.

gambar cameron square di brinchang
inilah dia tempat abang kena ketuk makan nasik kandar sampai RM40. Kamjat!

6. Jangan bazir try nasi lemak sambal stroberi

abang dah try, memang hipster habis! tapi sorry tekak abang tekak melayu. kahkah

Abang tak suggest korang try nasi lemak sambal stroberi. Pada abang, sambal dia tak kena dengan nasi lemak, harga dia pulak tahap tekan tubi punya. Membazir.

7. Jangan borong sayur masa first day sampai

gambar pasar sayur di kea farm

Borong sayur dan buah buahan last day kau dekat cameron. Jadi balik rumah, sempat simpan dalam peti untuk menten kesegaran dia.

Ahh satu lagi, kalau sempat, korang pi la dekat Red Strawberry. Dekat sana kau boleh petik strawberry dan beli bawak balik. Fresh! Dekat situ ada cafe jugak, apple pie dia memang sedap weh, serius.

gambar apple pie, waffle dan pure strawberry jus
ni la dia menu kami makan dekat sana. fresh gila strawberry jus tu
gambar fateh dekat strawberry
ni masa dekat red strawberry

Abang pegi time waktu biasa, jadi harga dia murah terok! Hahaha. Alhamdulillah rezki dapat berjalan bila bila masa ja. Yang penting, kalau timing cun, insyaAllah seronok!

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

TEMPAT MAKAN WAJIB SINGGAH DI SUNGKAI

TEMPAT MAKAN WAJIB SINGGAH DI SUNGKAI

ASSALAMUALAIKUM WBT Kali ni abang nak payung korang semua tentang TEMPAT MAKAN WAJIB SINGGAH DI SUNGKAI, PERAK. ... Baca selanjutnya »

NASIK KANDAR LINE CLEAR

NASIK KANDAR LINE CLEAR

ASSALAMUALAIKUM WBT Jadi harini last…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Jalan jalan Tagged With: bercuti, bercuti ketika cuti sekolah, cameron highland, tips bercuti ke cameron highland

Previous Post: « REVIEW FILEM CAPTAIN MARVEL (2019)
Next Post: PUNCA HEAT STROKE »

Reader Interactions

Comments

  1. Sarena

    8 March 2019 at 8:32 pm

    Waah terbaek tips!
    Sempoi jaa

    Reply
    • rajayusaini

      8 March 2019 at 9:22 pm

      terima kasih puan sarena!

      Reply
  2. KakRaja

    9 March 2019 at 1:39 pm

    best jugak jalan-jalan time tak cuti sekolah ni ye. murah rupanya
    KakRaja recently posted…Rumah Terbuka Yang SepiMy Profile

    Reply
    • rajayusaini

      9 March 2019 at 5:53 pm

      Best kakraja. Tapi tulah, abang kacak tak biasa berjalan time cuti sekolah. Kahkah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • CARA CARA POS MOTOR MENGGUNAKAN NATIONWIDE EXPRESS
  • SABUN MANDI BABY PALING WANGI
  • PAKAR URUT WANITA – SEKITAR SELANGOR DAN KL
  • SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?
  • CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT

Recent Comments

  • rajayusaini on KEDAI GAMBAR MURAH DI KEPONG
  • Along on KEDAI GAMBAR MURAH DI KEPONG
  • rajayusaini on CENTRAL LOCK PINTU PROTON WAJA ROSAK
  • man on CENTRAL LOCK PINTU PROTON WAJA ROSAK
  • ismail bin abdul wahab on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U

Archives

  • April 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Faktas
  • Gajet
  • Jalan jalan
  • Kehidupan
  • Motivasi
  • Movie
  • Sakit Kulit
  • Umum

Copyright © 2021 Abang Kacak on the Foodie Pro Theme