ASSALAMUALAIKUM WBT
Last few days ago kawan abang share satu perkhabaran yang sangat memuaskan hati abang. Dia ni pelanggan abang la senang cerita.
Lia (bukan nama sebenar) kawan abang ni duduk di tanjung malim, bekerja di kilang pemprosesan ayam. Dia baru ja ada sorang anak, umor dah dalam 1 tahun la lebih kurang.
Problem utama dia ialah anak dia ni kerap sangat minum air manis. Bahaya kan? Umor baru 1 tahun memang kena bendung kaw kaw terhadap ketagihan gula ni gais.
Ibu mengakui silap sendiri
Waktu ditemui, Lia bagitau kat abang yang silap dia jugak sebab dulu selalu sangat ikut kehendak anak dia tanpa larang apa apa pun.
Tapi dia akui jugak, waktu tu susah sangat nak dapat air kosong, nak keluar pi beli air mineral dah la jauh, sebab dok dalam ladang. Kawasan kampung pulak. Cuti dah la tak berapa nak ada. Ada masa kena kerja hari hari.
Bila masak air, nahhh keladak baikk punya bertakung dalam botol air. Nak minum pon geli. Tak gamak la nak bagi anak minum dia kata.
Anak selalu sakit tekak and batuk batuk
Nuqman (nama anak lia, pon bukan nama sebenar) selalu sakit tekak dan batuk. Batuk tu siap berkahak lagi.
Lia sebenarnya dah lama notice benda ni, tapi tu lah, kejap dia nak berfikir fikir, kejap dia nak discuss dengan suami, kejap nak cari tok penghulu nak bincang, last last dia buat keputusan sendiri, DEMI ANAK nya, dia pon pasang satu penapis air yang abang jual tu.
Perubahan positif si kecil
Lia turut share dengan abang yang semakin senang nak bancuh susu baby dia sekarang. Dan perubahan paling ketara dia share, anak dia semakin suka minum air kosong berbanding air manis. Sekarang, sepanjang masa kena isi botol air dia dengan air kosong.
Dengan cuaca yang panas terik sekarang, Lia super seronok sebab dia jugak semakin kerap minum air kerana mudahnya untuk mendapatkan air sejuk kegemaran dia. Lia kawan abang ni kalau kau nak tahu, dia memang obses dekat air sejuk. Yelah, balik kerja penat penat dari kilang, togok air sejuk la pengubatnya. Dia kata tak perlu lagi nak simpan dan nak tunggu air sejuk dalam fridge. Tekan je, dan nikmati air sepuas puasnya.
Abang pun happy, alhamdulillah, inilah kepuasan abang dalam perniagaan. Seronok melihat pelanggan ceria
Leave a Reply