• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Kacak

  • Abang Punya Cerita
  • Siapakah Abang Kacak
  • Archives
  • Call Abang
You are here: Home / Faktas / BODY CLOCK – KENAPA PERLU TAHU

BODY CLOCK – KENAPA PERLU TAHU

6 March 2019 by rajayusaini 4 Comments

Assalamualaikum wbt

Korang mesti perasan yang korang ada timing untuk tidur, bangun tidur, bangun tidur pegi kencing la, nap waktu tengah hari la, perasan kan? Ok benda ni nama dia body clock atau orang teluk intan panggil Circadian Rhythm.

body clock

Selalu tak korang dengar istilah jetlag? Ha, perkara ni boleh berlaku disebabkan body clock kau dan waktu ‘diluar’ tak sepadan. Apabila berlaku Circadian disruptions, badan kau akan mengambil masa untuk kembali pada asal.

Mengapa ia sangat penting?

Pengurusan body clock yang gagal akan menyebabkan kau mengalami masalah gangguan tidur yang dasyat tuan tuan. Ia bukanlah sesuatu yang kau boleh bawak bergurau senda dengan kawan kawan, masalah tak boleh tidur ni bunyi simple macam dalam drama melayu kan? Tapi ia boleh membawak ke insomnia.

body clock insomnia

Perasan tak ada satu ketika bila kau penat sangat pun masih tak boleh tidur? Ini macam yang abang terangkan awal tadi, berlakunya circadian disruption (CD), yang mana perkara ni mengganggu semua sistem dalam badan.

Kenapa abang cakap camtu, sebab bila terjadinya CD tadi, hormon penenang atau abang panggil hormon tidur, kau iaitu melantonin pun takkan dirembeskan sebab badan kau keliru dengan body clock kau sendiri. Sebab tu kau mengalami masalah susah nak tidur.

Guys, kau kerja keras dari pagi sampai ke malam membawak ke pagi bukanlah satu indikator yang baik; sebab kalau mengabaikan tidur yang hakiki, itu bukanlah sesuatu perkara yang patut kau banggakan.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?

Ok jangan risau kalau kau pun mengalami masalah ni. Sini abang nak share 3 cara simple untuk kau improve dan mengatasi masalah body clock ni:

1. Set satu masa yang tetap untuk tidur

Contoh: Buat jadual, tepat jam 11 malam lampu semua tutup, dan terus masuk ke dalam bilik tidur, dan cuba tidur. Kalau tak selesa kerana panas atau rimas, mandi dulu.

Amalkan jam 11 malam tidur atau term dia lights off untuk mengajar semula badan waktu tidur yang hakiki.

Bukan timing tidur je kena jaga, timing bangun pun kena jaga. Macam abang, pukul 11 malam mesti lights off, dan 5.30 pagi abang akan confirm bangun. Amalan ni abang dah amalkan berbelas tahun, alhamdulillah tak pernah ada masalah susah nak tidur. Kau cuba lah ok

body clock

2. Brisk walk di waktu pagi

brisk walk

Brisk walk di waktu pagi secara konsisten jugak akan membantu improve kau punya Circadian Rhythm. Senang cerita aktiviti bersukan atau bersenam boleh membantu kau untuk improve kualiti tidur dan produktiviti kau.

Kalau harini kau boleh hasilkan RM10,000 keuntungan bersih dari berniaga, mungkin lepas kau ubah benda kecil ni kau boleh boost menjadi RM 100,000 pulak!

3. Hadkan aktivit di waktu malam

body clock

Tolong kurangkan aktiviti di waktu malam yang menyebabkan kau tak boleh tidur.

Contoh kau jangan nak ngada ngada pi bukak fon ke, laptop ke masa nak tidur konon nak dapat ketenangan, tu semua membongak je. Kau nak tidur tu, tutup semua. Baru boleh tidur dengan aman sebenarnya.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

KENAPA KENTUT KAU BUSUK

KENAPA KENTUT KAU BUSUK

ASSALAMUALAIKUM WBT Abang sebenarnya sangat…... Baca selanjutnya »

KHASIAT PETAI YANG RAMAI TAK TAHU

KHASIAT PETAI YANG RAMAI TAK TAHU

ASSALAMUALAIKUM WBT Petai ni masak sambal tumis sedap, makan buat ulam pun padu. Tapi korang mesti tak tahu kan…... Baca selanjutnya »

KENAPA NAK SUSAH KALAU BOLEH SENANG

KENAPA NAK SUSAH KALAU BOLEH SENANG

ASSALAMUALAIKUM WBT Benda boleh senang, kenapa nak susah? Dulu abang rela korbankan peluang yang terhidang demi cita cita dan…... Baca selanjutnya »

PUNCA HEAT STROKE

PUNCA HEAT STROKE

Assalamualaikum wbt Dulu masa tahun 2013, abang hampir hampir kena heat stroke (renjatan haba) korang tau. Waktu tu memang…... Baca selanjutnya »

KEKAL CERGAS DAN SIHAT SEAWAL PAGI

KEKAL CERGAS DAN SIHAT SEAWAL PAGI

ASSALAMUALAIKUM WBT Jadi, semalam tepat jam…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Faktas Tagged With: apa itu body clock, body clock, cara mengatasi masalah insomnia, circadian rhythm, insomnia, masalah tidur, tak boleh tidur

Previous Post: « 5 MAKANAN YANG SIHAT UNTUK PESAKIT JANTUNG
Next Post: REVIEW FILEM CAPTAIN MARVEL (2019) »

Reader Interactions

Comments

  1. KakRaja

    6 March 2019 at 10:57 pm

    haaa betul ni. CD namanya ye. baru tahu.
    KakRaja recently posted…Hello world!My Profile

    Reply
    • rajayusaini

      7 March 2019 at 10:14 am

      ya. circadian disruoptions. Bukan CD lagu siti nurhaliza tu k

      Reply
  2. ila

    7 March 2019 at 12:15 pm

    ooo, baru tau. CD namanya

    Reply
    • rajayusaini

      7 March 2019 at 5:31 pm

      Ya betul. CD tu circadian disruption tau, bukan CD karoke pulak! kahkah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • SABUN MANDI BABY PALING WANGI
  • PAKAR URUT WANITA – SEKITAR SELANGOR DAN KL
  • SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?
  • CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT
  • PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19?

Recent Comments

  • rajayusaini on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Normawati binti abidin on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Alifah on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KEDAI NASI BERLAUK ACT STATION

Archives

  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Faktas
  • Gajet
  • Jalan jalan
  • Kehidupan
  • Motivasi
  • Movie
  • Sakit Kulit
  • Umum

Copyright © 2021 Abang Kacak on the Foodie Pro Theme