CARA TOPUP TOUCH N GO MENGGUNAKAN KAD KREDIT
Assalamualaikum wbt.
Sebagai seorang yang menjalankan perniagaan sendiri, memang tak dapat dinafikan, abang kerap kesana kesini, keluar bandar, masuk bandar. Lalu tol setiap hari.
Paling menyakitkan hati ialah bila musim musim covid ni, nak masuk topap touch n go pun sikit punya leceh kena que bagai.
Jadi abang tuliskan entry ini khas untuk korang yang tak nak bersesak sesak di stesen pam minyak semata mata nak topap touch n go.
Install Apps e Wallet
Korang pernah dengar pasal apps e wallet touch n go?
Haa jadi langkah pertama yang kau kena buat untuk topap secara online ialah dengan install apps tu.
First kau bukak playstore, dan cari apps e wallet TnG. Dia akan keluar apps macam bawah ni:
Selepas kau install apps ni, kau bukak apps tu, dan macam biasalah kena sign up dulu.
Lepas sign up baru dia keluar interface macam bawah ni:
Then kau boleh topap e wallet kau guna kredit / debit mahupun online banking, dengan hanya menekan [+ Reload Wallet].
So dekat situ, boleh kau select kad kredit je untuk topap touch n go. Mudah kan?
Link Kad Touch n Go Dengan e Wallet
Selepas topap, next kau kena linkkan kad touch n go kau dengan apps pulak. Senang je caranya, masukkan serial number kad touch n go kau, ada di belakang kad.
Siri kad touch n go kau boleh amek dekat belakang kad tu.
Lepas tu link kan dengan apps e wallet. Tekan add card aje.
Selepas kau topap e wallet ni, kau akan dapat invoice untuk menyatakan kau dah buat bayaran untuk topap e wallet.
Ok, ni part paling penting, ewallet ni terdapat beberapa restrictions.
Pertama, kau tak leh guna ketika lalu highway PLUS, SKVE, NKVE, ELITE, LEKAS.
Kalau korang lalu highway abang mention kan tu, kau kena make sure baki dalam touch n go kau mencukupi. Haha. Kelakar la pulak kan.
Tapi takpelah, coming soon, dorang akan upgrade pada highway highway tu. No worries.
So bawah ni ialah list highway kau boleh guna untuk ewallet touch n go ni:
Dan pada abang, kelebihan apps ni kau boleh cek transaction history dan update nya ialah real time tau. Takde tunggu tunggu dua tiga hari bekerja.
Padu kan?
Kesimpulan
Of coz apps ni pada abang personally banyak lagi kelemahannya. Tapi for the mean time, ia membantu la sikit untuk abang yang jenis travelling ni.
Kadang lupa nak topap kad, boleh je guna e wallet.
Pada korang yang dah try, boleh share jugak pengalaman korang di komen tau! Thank you sudi baca!
Leave a Reply