ASSALAMUALAIKUM WBT
Semalam, abang teman wife abang pi forum DARE TO BE DIFFERENT.
Abang agak eksaited sebenarnya sebab yelah, first time wife abang di jemput datang talkshow macam ni.
SERBA SEDIKIT PASAL PROGRAM DARE TO BE DIFFERENT
Forum ni anjuran Dr. Jezzamine Lim (wife Harith Iskander) bertempat di The Joke Factory by Harith Iskader, Publika, Kl. Kalau nak tau, setiap minggu akan membincangkan topik yang berbeza. Macam minggu ni, tajuknya ‘dare to be different’. Jadinya wife abang dijemput menjadi salah seorang panelist dalam forum kalini mewakili komuniti Vitiligo.
Apa vitiligo ni?
Lain entri abang storikan pasal ni k! Yang pasti, stori wife abang akan buat korang bercucuran air mata macam tengok drama Korea. Dan semestinya abang hero dalam kisah ni. Kah!
SUASANA SEPANJANG EVENT BERLANGSUNG
Harith iskandar sebagai MC majlis. Boleh tahan la crowd semalam, ramai pemuda pemudi yang sangat berminat nak tahu content sepanjang talkshow berlangsung. Setiap panel ada cerita unik masing-masing. Tak terasa wey sejam lebih kat situ. Tau-tau je moderator kata masa mencemburui kita.
Sulaiman azmil yang jadi moderator event tu. Selalu tengok dia buat lawak kat tv aje. Tak sangka dia pun ada history jugak dalam life dia. Eksklusif dalam hall ni je yang tau. Siapa sangka kan? Selalu tengok diorang ni buat lawak aje.
Alhamdulillah event berlangsung dengan baik dan mendapat respon yang sangat positif dari crowd yang hadir. Satu je abang nak cakap, setiap insan memiliki keistimewaan masing-masing. Titik.
Leave a Reply