Tak Sangka Netflix Macam ni
Alkisahnya, masa berbuka puasa dengan family Coway di MegNorma Lodge aritu, rumahnya dilengkapi dengan Netflix. Sakan abang malam tu layan filem-filem dekat netflix. Baru tau interface & kemudahan Netflix ni macamana.
Netflix ni macam Youtube. Salah satu channel video streaming. So apa yang wajib ada kalau nak subscribe Netflix adalah INTERNET.
Bila dah subscribe, boleh stream Netflix di laptop, smartphone atau smart tv.
Untuk pencinta filem dan jarang-jarang ada kat rumah macam kami, tv tu boleh kira berapa jam je on, bagi aku Netflix antara pilihan bijak sebab:
✔️ Sebelum ni kami subscribe Astro termasuk channel HBO, Fox Movies, Disney channel, total bil bulanan RM150/bulan. Movie kadang best, kadang so-so. Selalu weekend ja banyak keluar movie best.
Tapi dengan Netflix, pakej paling basic cuma RM33/bulan. Dapat akses beratus-ratus filem pelbagai genre. Lagi satu, boleh play, pause & replay anytime! Potong banyak dah komitmen bulanan kat sini.
✔️ Untuk peminat komik MARVEL macam abang, memang heaven. Sebab ada banyak drama siri adaptasi komik macam Legion, The Punisher, Luke Cage, The Defenders, Daredevil, dan Iron Fist.
✔️ Tak terikat dengan kontrak. Anytime nak unsubscribe, tak ada penalti macam Astro. 30 hari pertama subscribe, percuma tau. So dalam sebulan tu boleh decide nak teruskan or nak cancelkan subscription.
✔️ Untuk drama siri kat Netflix, tak payah tunggu pun untuk episod baru. Katakan 1 drama tu ada 8 episod, semua boleh stream dalam satu masa sampai lebam!
Jadi camtu la. goodbye astro. Hek hek
Leave a Reply