ASSALAMUALAIKUM WBT
Pagi tadi abang agak rushing jumpa ngopi dengan member abang. Sebab tengah malam tadi dia wassap abang dia bagitau dia dengan bini dia dah gaduh besar kali ni.
Gaduh besar kali kedua
Abang pon tanpa gosok gigi dan mandi celup celup macam p ramli, terus start motor jumpa dia dekat selayang. Elok je sampai dan jumpa dia abang terus mulakan bicara;
“Karim, kau ni dah kenapa? Bulan lepas kau bagitau kau gaduh lagi dengan bini kau, ni hari ni kau bagitau gaduh lagi. Tapi lagi teruk. Apa cittaaa?”
Dia pon menceritakan yang kali ni dorang bergaduh dan hampir hampir bercerai disebabkan; siapa kena buat susu baby je.
“Allahu, karim oi. Bawak bawak la bermuhasabah diri tu. Anak kau tu baru je 3 bulan. Takkan sebab benda ni je nak bergaduh!” Abang terus sentap dia supaya dia kembali waras.
“Kau bukan tak tau bro, aku kerja dah la shif. Balik dah penat ngantuk apa semua. Ni air dah la tak masak siap siap letak dalam termos. Pastu air stok mineral yang beli dah habis pon tak bagitau. Mana tak aku hangin. Balik keja penat weyy.
Marah pada benda kecil
Contoh macam semalam, lagi la aku hangin. Air mineral dah habis terus, dia boleh masak air guna air paip je. Aku punya menyirap, memang kena tengking la dia.” Karim tambah lagi.
Abang malas dah nak cerita panjang, abang terus tanya dia:
“Karim, seminggu kau beli berapa RM air mineral?”
Dia balas seminggu sahaja dia spend lebih RM13.00. Dia memang kuat minum air. Masak nasik pun tak pakai air paip. Lepas basuh dia guna air mineral je.
“Camnilah, dari kau belanja RM13 lebih untuk air mineral yang limited, mai aku tolong kau setel masalah ni dengan hanya RM19 je seminggu, kau akan dapat air bersih bertapis siap panas sejuk, dan waranti terjaga selama 5 tahun terus.”
Berbincang itu amalan mulia
Karim pun macam tercengang. Dia tanya abang apa dia benda tu kan, jadi abang pon tunjuklah penapis air yang abang jual ni. Alhamdulillah, lepas abang tunjuk, dia bagitau abang,
“Camni lah bro, aku balik bincang dengan orang rumah dulu.”
Lepas dari tu, syukur, dia dan bini dia dah berbaik semula sebab selalu bincang punya bincang, tak beli jugak penapis air tu. Takpe, yang penting asalkan hubungan diorang kembali terjalin dan saling menyayangi.
Tips untuk bahagia suami isteri
Sebelum balik masa tu, sempat abang share pada dia tips untuk suami isteri sentiasa bahagia:
- Solat berjemaah sekerap yang boleh
- Tolong isteri buat kerja rumah
- sentiasa sikap toleransi dalam banyak perkara.
- Utamakan permintaan isteri, insyaAllah bahagia
- Buat suprise untuk dia walaupun bukan ada hari special pun haritu.
Leave a Reply