• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Kacak

  • Abang Punya Cerita
  • Siapakah Abang Kacak
  • Archives
  • Call Abang
You are here: Home / Faktas / HORMON DAN BERAT BADAN

HORMON DAN BERAT BADAN

20 April 2019 by rajayusaini Leave a Comment

ASSALAMUALAIKUM WBT

Ramai kengkawan abang terlalu fokus pada penjagaan kalori sehingga kan terlupa key factor pada pengawalan berat badan, dan jisim otot: iaitu HORMON.

Ya kawan kawan, hormon lah key factor paling penting dalam mengawal berat badan. Hormon ni kalau ikut istilah sebenar ialah sejenis bahan kimia yang di hasilkan di kelenjar endokrin yang berfungsi sebagai pengawal dan koordinator kepada segala aktiviti didalam badan kita.

Kaitan antara hormon dan berat badan

contoh rantaian molekul hormon

Kenapa abang kata ia sangat berkait rapat, sebab korang tahu tak bila korang stress terlebih, hormon tekanan akan dirembeskan iaitu kortisol.

Ok lah, abang cerita mudah bagi kau faham, abang taknak cerita terlalu saintifik nanti kau pitam. Macam ni, bila hormon kortisol ni dirembeskan secara konsisten dan berpanjangan, ia akan trigger rasa lapar dalam perut kau. Bila dah stress, sebab tu kau selalu lapar.

Bila dah lapar, kau akan cenderung untuk makan lebih banyak (binge eating orang putih kata). Bila dah makan ikut nafsu, dah tentulah kau akan cenderung untuk mengambil kalori berlebihan.

Cara untuk counter attack

Ok, sini abang nak share tips untuk kau. Ramai yang tak tahu dengan berpuasa, kau boleh melawan balik dalam erti kata lain, supress balik hormon kortisol ni dengan produce sebanyak nya growth hormone (lebih 200%) yang sangat baik untuk tumbesaran otot.

Kenapa berpuasa? Sebab dengan berpuasa, sel sel di segenap tubuh badan kita akan mengalami proses yang diberi nama AUTOFAGI. Autofagi ni bahasa mudah dia macam ni;

Ia adalah satu proses untuk rejuvenate kan balik sel sel dalam badan kau supaya sel kau lebih sihat dan berfungsi pada kadar optimum.

Sebab itu dalam Islam, sunat untuk puasa Isnin dan Khamis, sebab memang ada kajian yang menyatakan puasa dua kali seminggu sudah memadai untuk membantu memulihkan kembali sel sel dan memberi waktu ‘rehat’ pada usus perut kita.

Abang rasa korang semua tahu dah kot, lebih padat jisim otot, maka lebih tinggi lah kadar metabolisma dalam badan kau tu. Jadinya, bila badan kau memerlukan kalori yang tinggi, boleh lah kau mengambil extra kalori tanpa risau berat badan yang naik.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

WANITA TAKKAN JADI SADO!

WANITA TAKKAN JADI SADO!

ASSALAMUALAIKUM WBT Minggu lepas masa abang…... Baca selanjutnya »

MACAM MANA NAK KURUS

MACAM MANA NAK KURUS

Assalamualaikum wbt Harini abang nak cerita dengan korang semua satu FAKTA yang paling simple MACAM MANA NAK KURUS EK?…... Baca selanjutnya »

TIGA KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG

TIGA KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG

ASSALAMUALAIKUM WBT sedapnya tengah hari ni dapat air tembikai kan ... Baca selanjutnya »

BODY CLOCK – KENAPA PERLU TAHU

BODY CLOCK – KENAPA PERLU TAHU

Assalamualaikum wbt Korang mesti perasan yang korang ada timing untuk tidur, bangun tidur, bangun tidur pegi kencing la, nap…... Baca selanjutnya »

7 MITOS MENGENAI ALKALI DALAM MAKANAN DAN DIET KITA

7 MITOS MENGENAI ALKALI DALAM MAKANAN DAN DIET KITA

ASSALAMUALAIKUM WBT Semalam abang lepak bekpes dengan member abang dekat…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Faktas Tagged With: cara turunkan berat badan, hormon dan berat badan, mitos berat badan

Previous Post: « ANAK DEGIL TAK NAK MINUM AIR KOSONG
Next Post: HAMPIR BERCERAI KERANA KERAP BERGADUH »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • SABUN MANDI BABY PALING WANGI
  • PAKAR URUT WANITA – SEKITAR SELANGOR DAN KL
  • SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?
  • CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT
  • PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19?

Recent Comments

  • rajayusaini on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Normawati binti abidin on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Alifah on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KEDAI NASI BERLAUK ACT STATION

Archives

  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Faktas
  • Gajet
  • Jalan jalan
  • Kehidupan
  • Motivasi
  • Movie
  • Sakit Kulit
  • Umum

Copyright © 2021 Abang Kacak on the Foodie Pro Theme