• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Kacak

  • Abang Punya Cerita
  • Siapakah Abang Kacak
  • Archives
  • Call Abang
You are here: Home / Kehidupan / IMPIAN DAN PENGORBANAN

IMPIAN DAN PENGORBANAN

1 May 2019 by rajayusaini Leave a Comment

Assalamualaikum wbt

IMPIAN DAN PENGORBANAN

Dulu masa abang muda mudi, abang selalu fikir yang kejayaan ni akan hadir tanpa pengorbanan. Yelah, sebab nak berjaya dalam buat sesuatu, kan kita sendiri yang rancang. Kita sendiri yang laksanakan. Dan sebelum sebelum ni, pengalaman hidup abang, untuk abang berjaya capai sesuatu, tiada pengorbanan (baca: pengorbanan yang besar) pon yang abang pernah lakukan.

Nak dijadikan cerita, pada awal tahun 2018, abang terpaksa melupakan sementara impian dan cita cita abang, demi matlamat yang lebih besar dan demi sebuah kisah indah untuk famili kecil abang.

Impian yang dilupakan

Impian abang ialah abang nak membuka satu training centre untuk sukan strongman, powerlifting, weightlifting, gimnastik dan bodybuilding. Training centre ni boleh di akses oleh semua orang, khususnya untuk atlit atlit ini 24 jam.

IMPIAN DAN PENGORBANAN

Training centre yang abang nak buat ni lengkap dengan segala macam equipment, dan saiznya sangat luas dan boleh organize pertandingan strongman dalam tu sahaja tau. Tapi apakan daya, abang hanya mampu merancang, kuasa tuhan itu segala galanya.

Memang berat sangat waktu tu abang kena buat keputusan. Hati berbelah bagi. Sebab banyak pengorbanan yang abang kena lakukan ni. Tapi kalau impian abang di teruskan, agak mustahil abang nak kecapi dan merealisasikan hasrat famili kecil abang yang kami dah plan untuk tahun 2018, 2019 dan 2020.

Utamakan yang perlu

IMPIAN DAN PENGORBANAN
sumber kekuatan abang

Jadi, memandangkan mereka lah nyawa abang, abang buat satu keputusan besar dalam hidup abang iaitu untuk melupakan dulu segala impian abang dan fokus pada matlamat kehidupan kami bersama yang lebih penting.

Kalau korang baca ni dan mengalami situasi yang sama dengan abang, ketahuilah, korang buat keputusan yang betul. Melupakan impian bukan bermakna kita gagal, tapi kita tangguhkan dulu. InsyaAllah, ia tetap menjadi milik kita nanti.

Pada para suami di luar sana, kalau korang pun turut mengorbankan impian dan cita cita korang buat sementara demi matlamat dan target yang lebih besar, percayalah, you have earn my respect. Sebab memang berat. Hati abang menangis dan merintih setiap hari mengenangkan segala effort yang abang dah letak untuk impian abang. Tapi tak mengapa, Allah maha mengetahui.

Jangan mengalah!

Kau sabar dan istiqomah je dalam perjuangkan impian keluarga kecil kau ok? Sesungguhnya disitu syafaat nya lebih besar dari segala isi di langit dan bumi. InsyaAllah.

IMPIAN DAN PENGORBANAN

Ingat tu, JANGAN MENGALAH!

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

KENAPA NAK SUSAH KALAU BOLEH SENANG

KENAPA NAK SUSAH KALAU BOLEH SENANG

ASSALAMUALAIKUM WBT Benda boleh senang, kenapa nak susah? Dulu abang rela korbankan peluang yang terhidang demi cita cita dan…... Baca selanjutnya »

BERUBAHLAH

BERUBAHLAH

ASSALAMUALAIKUM WBT Dari tahun 2015 abang kerja dengan coway, sampai sekarang (baca: april 2019), baru abang faham kenapa abang…... Baca selanjutnya »

PENAWAR PENGORBANAN

PENAWAR PENGORBANAN

Assalamualaikum wbt Subhanallah. Walhamdulillah. Allahuakbar. ... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Motivasi Tagged With: kehidupan, motivasi

Previous Post: « PENAWAR PENGORBANAN
Next Post: Mesin Air Tercemar »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • SABUN MANDI BABY PALING WANGI
  • PAKAR URUT WANITA – SEKITAR SELANGOR DAN KL
  • SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?
  • CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT
  • PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19?

Recent Comments

  • rajayusaini on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Normawati binti abidin on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Alifah on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KEDAI NASI BERLAUK ACT STATION

Archives

  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Faktas
  • Gajet
  • Jalan jalan
  • Kehidupan
  • Motivasi
  • Movie
  • Sakit Kulit
  • Umum

Copyright © 2021 Abang Kacak on the Foodie Pro Theme