ASSALAMUALAIKUM WBT
Jadi, semalam tepat jam 1600H (Jumaat 23 Mac 2019) merupakan hari closing untuk bulan Mac 2019 dalam urusan tempahan penapis air coway.
Biasalah, suasana yang kelam kabut dan ditambah pulak dengan ada yang acah acah busy, lagi menyempitkan keadaan. Paling penting bila berada dalam situasi begini, kau kena sentiasa menten high energy level dari pagi sampai ke petang!
Untuk menten high energy level dari pagi sampai ke petang, paling penting kau kena cergas seawal minit pertama kau bangun tidur tau! Jadi ni lima AMALAN abang untuk kekal cergas seawal pagi, mana tahu kau boleh cuba;
1- Minum air suam
Abang memang suka minum air suam. Kalau rujuk entri abang berkenaan air putih pun, sarankan minum air suam. Bangun je tidur, pegi minum air suam sekurang kurangnya segelas. Kalau malas nak standby air suam dari malam tadi, kau beli la penapis air yang siap ada air suam. Kahkah.
2- Skip sarapan
Ni memang bunyi bercanggah dengan pemahaman kau selama ni kan. Takpe, nanti abang kupas lebih dalam isu ni. Orang putih panggil intermittent fasting, orang Islam panggil puasa (konsep dan niat tak sama, jangan kau salah paham lak, kang kau kecam abang, kahkah).
Nanti abang kupas lagi dalam tau, cuma dalam entri ni kau skip sarapan, dan first meal of the day kau ialah pada jam 1130 tengah hari atau jam 12 tengah hari. Kau buat je nanti kau rasa perbezaan dia.
3- Rancang jadual kerja
Pastikan kau rancang siap siap jadual kerja kau sehari sebelum, sebab planning kerja yang paduu dapat mengelakkan kegelabahan dan stress kemudian hari!
4- Recharge rohani
Setiap kali lepas solat subuh, abang akan spend time untuk baca surah ar- Rahman, al-Waqiah, al-Mulk setiap hari. Lepas setel tu, baru mengahadap kerja kerja dan respon whatsapp pelanggan pelanggan abang.
5- Dengar lagu
Ya, abang memang suka dengar pelbagai genre muzik especially yang dapat naikkan heart beat abang, dan bila dengar lagu tu abang bertambah semangat. Bila dengar lagu semangat pagi pagi, abang akan sentiasa energetik
Leave a Reply