• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Kacak

  • Abang Punya Cerita
  • Siapakah Abang Kacak
  • Archives
  • Call Abang
You are here: Home / Faktas / KENAPA KENTUT KAU BUSUK

KENAPA KENTUT KAU BUSUK

25 March 2019 by rajayusaini Leave a Comment

ASSALAMUALAIKUM WBT

kenapa kentut kau busuk

Abang sebenarnya sangat suka bereksperimen dekat badan abang sendiri. Contoh, abang suka cuba pelbagai kaedah untuk naikkan jisim otot, abang jugak pernah try apa terjadi kalau abang makan kentang sahaja seminggu. Apa bentuk reaksi badan abang pada pola pemakanan camtu.

Dan dah lebih kurang dua minggu abang bereksperimentasi tentang efek makanan dan bau kentut pada diri abang. Kahkah. Korang mesti nak tau kan hasil kajian abang ni. Tapi sebelum tu, abang nak share dengan korang bagaimana kentut tu terhasil (ni dari kajian sains k, abang tak memandai mandai ni).

Bagaimana kentut terhasil

Setiap kali kita makan, minum atau menelan air liur, badan kita akan menelan sedikit udara yang terkumpul hasil dari sistem pencernaan kita. Bila otak kita detect level angin dalam badan perlu disingkirkan, jadi ia akan di keluarkan melalui kentut atau sendawa.

Dan ada jugak gas yang dihasilkan oleh tindak balas kimia dalam usus atau bakteria yang hidup dalam usus kita.

usus dalam perut

Bunyi kentut tu terjadi melalui getaran yang berlaku di rektum. Kekuatan ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada tekanan dan kekuatan otot sfinkter. Lagi kuat otot tu, lagi kuat lah kepekatan bunyi kentut tesebut dalam decibel (dB) kahkah.

Kandungan gas dalam kentut

carta gas dalam kentut

Kentut selalunya terdiri daripada kira-kira 59 peratus gas nitrogen, 21 peratus hidrogen, 9 peratus karbon dioksida, metana 7 peratus dan 4 peratus oksigen.

Kira kira satu peratus daripada gas kentut mengandungi hidrogen sulfida dan merkaptan, yang mengandungi sulfur, dan sulfur tu lah bahan yang membuatkan kentut kau bau bangkai. Wekk!

Kenapa kentut bau bangkai

binatang mati hidu kentut bau bangkai

Macam dekat atas tu abang bagitau, lebih banyak sulfur  dalam makanan yang kau makan dalam sehari, lebih dahsyatlah bau kentut kau. Makanan yang tinggi kandungan sulfur ialah seperti kacang, kubis, keju, soda, dan telur.

Makanan yang berprotein tinggi pon mempunyai kecenderungan kandungan sulfur yang tinggi, terutama daging merah.

Bahaya ke kentut bau busuk ni?

Sekiranya kentut kau busuk berpanjangan sampai tahap mengganggu kehidupan seharian jiran jiran, pergilah jumpa dengan doktor untuk check up lebih lanjut. Boleh jugak disebabkan kau dijangkiti penyakit berkaitan usus macam sembelit, lactose intolerance ataupun gastroenteritis.

Kau jangan ingat kentut kau busuk kawww sebab banyak makan protein. Kalau dah sampai level mengganggu rakan sekerja, eloklah kau pergi cek dokter.

Fakta kentut yang semua orang patut tahu

Rata-rata orang dewasa akan menghasilkan kira-kira setengah liter kentut setiap hari;

walaupun begitu, ramai wanita tidak akan mengaku, wanita kentut sama je volume dia macam orang lelaki. Malah, ada kajian telah membuktikan yang apabila lelaki dan wanita makan makanan yang sama, wanita cenderung untuk mempunyai gas kentut lebih pekat daripada lelaki. Nah, orang perempuan, lepas ni jangan nak acah suci ye, kah!

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

WANITA TAKKAN JADI SADO!

WANITA TAKKAN JADI SADO!

ASSALAMUALAIKUM WBT Minggu lepas masa abang…... Baca selanjutnya »

7 MITOS MENGENAI ALKALI DALAM MAKANAN DAN DIET KITA

7 MITOS MENGENAI ALKALI DALAM MAKANAN DAN DIET KITA

ASSALAMUALAIKUM WBT Semalam abang lepak bekpes dengan member abang dekat…... Baca selanjutnya »

BODY CLOCK – KENAPA PERLU TAHU

BODY CLOCK – KENAPA PERLU TAHU

Assalamualaikum wbt Korang mesti perasan yang korang ada timing untuk tidur, bangun tidur, bangun tidur pegi kencing la, nap…... Baca selanjutnya »

HORMON DAN BERAT BADAN

HORMON DAN BERAT BADAN

ASSALAMUALAIKUM WBT Ramai kengkawan abang terlalu fokus pada penjagaan kalori…... Baca selanjutnya »

5 MAKANAN YANG SIHAT UNTUK PESAKIT JANTUNG

5 MAKANAN YANG SIHAT UNTUK PESAKIT JANTUNG

Harini, abang tengok makin ramai kengkawan abang di diagnose sakit jantung. Abang naik risau lah kan, sebab kengkawan abang semua muda muda…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Faktas Tagged With: bahaya ke kentut busuk, gas dalam kentut, kenapa kentut busuk, macam mana kentut terhasil, punca kentut busuk

Previous Post: « KEKAL CERGAS DAN SIHAT SEAWAL PAGI
Next Post: TEMPAT MAKAN WAJIB SINGGAH DI SUNGKAI »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • SABUN MANDI BABY PALING WANGI
  • PAKAR URUT WANITA – SEKITAR SELANGOR DAN KL
  • SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?
  • CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT
  • PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19?

Recent Comments

  • rajayusaini on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Normawati binti abidin on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Alifah on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KEDAI NASI BERLAUK ACT STATION

Archives

  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Faktas
  • Gajet
  • Jalan jalan
  • Kehidupan
  • Motivasi
  • Movie
  • Sakit Kulit
  • Umum

Copyright © 2021 Abang Kacak on the Foodie Pro Theme