ASSALAMUALAIKUM WBT
Benda boleh senang, kenapa nak susah? Dulu abang rela korbankan peluang yang terhidang demi cita cita dan passion abang. Sampai abang terlepas banyak aspek dalam kehidupan dan menyebabkan hidup abang jadi susah merana.
Masa tu tahun 2014. Passion abang dari dulu hingga kini dan selamanya hanyalah pada sukan Strongman atau sukan kekuatan. Abang jatuh cinta pada sukan ni sejak tahun 2010 lagi dan dah bermacam macam pertandingan dah abang naik podium.
Kusangka panas sampai kepetang, rupanya…
Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Disebabkan pelbagai kancah politik yang berlaku dalam malaysia menyebabkan ramai penaja menarik diri dari sukan kami.
Bila penaja takde, simple, takdela hadiah tunai yang gempak gempak boleh dapat. No prize, no money; no money, no cash. Bila takda cash, makin meranalah kehidupan betul tak? Biar kita pening nak fikir nak jana lebih pendapatan dari kita pening fikir tabung mana lagi nak korek beli pampes anak, kan?
Keputusan
Jadi dalam hujung tahun 2017, abang dah decide, abang korbankan sementara passion abang, untuk abang suap mulut mulut mereka yang abang sayang dulu. Abang lapar pon takpe, asalkan orang orang yang abang sayang ni, happy selalu.
Abang decide, abang akan betul betul all out dalam kerja part time abang waktu tu iaitu jadi jurujual coway la, abang ubah dia jadi kerja full time abang demi keluarga kecil abang. Sweet tak? Kahkah.
Abang dah buat keputusan, inilah jalan yang abang pilih. Biarlah hati abang terguris dan terluka kerana terpaksa melupakan dulu passion abang. Biarlah Allah sahaja yang mengubati hati terluka abang. Sebab tiada kejayaan yang datang tanpa pengorbanan yang besar. Kalau kau tengah melaluinya, kau akan faham.
Alhamdulillah, tak banyak, tapi cukuplah untuk menampung keluarga kecil kami sejak abang betul betul serius dari 2018 sehingga hari ini. Syukur kepada Allah, pengorbanan abang, hasil keputusan abang, tak sia sia. Allah lebih mengetahui. Kita buat je kerja kita, jangan buat kerja Tuhan.
Andai kau belum buat keputusan, buatlah sekarang. Jika ada mulut mulut yang patut kita suap itu, fikirlah pasal mereka. Kerana mereka lagi telah banyak berkorban seluruh jiwa dan raga untuk kau. Sayangi mereka ok?
P.s: Walau mati hidup semula, passion abang hanya satu. Dan abang dah berjanji, satu hari nanti abang akan buat kebangkitan semula. Cuma buat masa ini, utamakan mana yang perlu dahulu. Doakan ya!
Leave a Reply