Assalamualaikum wbt
Harini abang nak cerita dengan korang semua satu FAKTA yang paling simple MACAM MANA NAK KURUS EK? Dengan harapan, lepas abang share ni, ramai lah yang akan start buat perkara yang betul dan supaya semua orang tahu, senang giler nak kurus!
Kalori
Ok pertama sekali, abang nak kau tahu, untuk kurus (baca: turunkan berat badan) kau kena tahu dan faham dulu istilah kalori ni. Kalau kalori pun kau tak tahu, jangan mimpi la nak turunkan berat badan. Hauhau.
Kalori yang masuk (baca: makanan yang kau makan dalam sehari) lebih banyak dari kalori yang keluar (baca yang kau gunakan dalam sehari), maka berat badan kau akan naik. Semudah tu je matematik dia.
Geng, kalori ni bahasa mudah dia macam ni;
Kalori ni macam minyak petrol. Kereta tak boleh bergerak kalau petrol takde. Macam tulah jugak badan kau, kalori tak cukup, badan kau konfem tak boleh bergerak (baca: tak boleh berfungsi dengan baik). Jadi macam mana nak tahu kalori dalam badan kau perlukan??
Install apps My Fitness Pal
Langkah pertama kau kena buat, kau cari dekat playstore, apps yang bernama My Fitness Pal,
Kemudian, lepas kau register log in yada yada apa semua, kau tekan garis tiga melintang dekat bahagian top kiri skali tu, sampai keluar menu macam bawah ni,
Lepas kau tekan paparan HOME tadi, dia akan keluar menu banyak banyak macam dekat atas tu kan, so kau pilih bahagian GOALS tu. Elok je kau pilih goals tu, dia akan keluar paparan macam ni;
Ok, so kau key in la data yang kau nak. Kau masukkan exactly starting weight kau berapa kg, target weight kau, weekly goal kau nak achieve turun berapa kg, lepas tu berapa aktif aktiviti kau dalam seminggu.
Kau key in lah setepat yang mungkin. Tapi ingat ni, untuk weekly goal berapa boleh turun tu, abang suggestkan kau buat lah maksima 1 kg je seminggu penurunan berat tu. Jangan taksub sangat kau henjut 4 kg seminggu. Boleh meninggal.
Kemudian dari paparan goals tadi, kau pilih tab “calories, carbs, protein” tu. Tekan dan dia keluar macam dekat bawah ni;
Haa dekat ruangan macro goals ni dia akan keluar siap siap berapa jumlah kalori kau kena makan dalam sehari untuk achieve weight goals kau tau. Kau folow je goal setting dari apps ni. Jangan tipu ok. Lepas tu, kau keluar balik, dan pergi ke menu utama yang keluar gambar bawah ni;
Cuba kau tengok dekat bahagian Calories remaining tu: dia akan tunjuk berapa lagi balance kalori yang kau boleh makan dan berapa kalori yang kau dah makan. Padu kan?
Tracking jumlah kalori
Tadaaaa. Kau tengok ni list history abang punya daily meals. Dia taklah accurate 100%, tapi boleh la untuk jadikan panduan.
Last, kalau betul korang dah faham tentang kalori ni, cuba kau kira dan komen, berapa kcal sepinggan pulut durian tu? Hikhik
Leave a Reply