Assalamualaikum wbt.
Kau yang jejans bila baca tajuk entry abang ni, jangan ingat wanita pulak yang urut kau. Kalau jejans, kena jejans la yang urut.
Yang ni abang highlight kan khas untuk geng mak mak, atlit wanita dan superwoman di luar sana yang amat memerlukan khidmat dari tukang urut yang pakar.
Lenguh Lenguh Badan Dan Sakit Tangan
Lately wife abang kerap mengadu yang carpal tunnel di tangan kiri dia sakit balik.
Selepas beberapa siri urut sendiri dari abang, masih jugak tidak berkesan. Jadinya abang terpaksa outsorce pada yang lebih arif lah. Well, since abang duduk nun jauh di ceruk kota, susah nak dapatkan tukang urut wanita yang benar benarrr mahir selok belok otot, sendi dan saraf ni.
Jadinya, abang nekad untuk panggil sorang teman dari jauh untuk datang urut wife abang.
Abang dah kenal lama dengan Mashitoh ni, dalam tahun 2017 camtu dah kenal dengan dia, waktu abang aktif compete untuk game strongman lagi.
Wife abang selalu dapatkan khidmat masaj dari dia, dan dia sangat expert untuk examine badan kau.
Kalau mak mak yang tengah baca ni ada selalu lenguh lenguh badan, abang suggestkan sangat kau dapatkan lah khidmat si Shitoh ni.
So dipendekkan cerita, semalam wife abang mintak dia datang urut ke rumah kami di rawang. Alhamdulillah jugak sebab shitoh dan team dia provide mobile massage dari rumah ke rumah sekitar KL dan selangor.
Kalau kau yang baca ni dok johor, takla dia amek, tapi kau cuba la call dia dulu (abang letak nombor dia dekat penghujung artikel ni) untuk dapatkan khidmat nasihat.
Ok anyway, alhamdulillah, hasil urutan semalam, dan sekali dengan pakej examine body ni, banyak correction yang perlu wife abang buat.
Yelah, muscle semua banyak dah tight, otot bahu pun dah tak center, semua disebabkan hanya sebelah badan yang dominan ja. Dukung baby belah kanan, masak belah kanan, dan macam macam aktiviti belah kanan je. So belah kiri tak dilatih. Jadi muscle imbalance.
So Shitoh ni pun suggest few workout yang perlu buat untuk betulkan semula keadaan tubuh badan wife abang.
Kalau kau nak tahu, Shitoh ni urut bukan macam urut batin tradisional tu ye, lain sikit pendekatannya. Mereka lebih kepada pendekatan melalui science based dan facts.
Dan paling best, diorang ni akan cerita semula masalah badan kau tu dalam term yang paling simple and easy to understand.
CTOS Rehab And Recovery
Basically, Team dorang ini fokus kepada rehab dan recovery. Jadinya, kau yang pernah terpeleot time main bola tu dan dah tiga tahun pun masih sakit, ada elok nya kau dapatkan consultation dari Shitoh ni.
Selain dari mengurut secara mobile, korang boleh je walkin ke rehab centre diorang dan dekat situ pun lengkap dan sangat selesa untuk korang buat recovery tau.
Pada korang yang nak walkin ke pusat rehab diorang pun boleh je. Alamatnya seperti di bawah:
CTOS Rehab & Recovery
No.1-1-19, Jalan PP30, Taman Pinggiran Putra,
Seri Kembangan, 43300
Selangor.
Lelaki dan wanita di alu alukan untuk datang buat consultation ya. Jangan malu malu.
Ok bagi korang yang nak set appointment consultation dengan Shitoh, boleh klik je whatsapp bawah ni:
Leave a Reply