• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Kacak

  • Abang Punya Cerita
  • Siapakah Abang Kacak
  • Archives
  • Call Abang
You are here: Home / Faktas / PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19?

PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19?

9 November 2020 by rajayusaini Leave a Comment

BOLEH KE PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19 DI RUMAH KITA?

bolehkah penapis udara bunuh virus covid 19 - penapis udara dalam bilik tidur

Assalamualaikum wbt.

Sejak sejak musim covid 19 ni, abang tergerak nak sharing dengan korang semua pasal satu isu ni, betul ke penapis udara boleh ‘bunuh’ (dibaca : nyah aktif) covid 19?

So dengan sedikit ilmu masa belajar bab biologi dan chemical engineering dulu, boleh la kot abang share sikit sikit untuk jadi panduan korang. InsyaAllah.

Penapis Udara Yang Terbaik Dalam Dunia Pun Ada Limitation

limitation untuk penapis udara

Ya memang benar dengan adanya penapis udara, ia dapat membantu menghalang virus dan bakteria dari merebak melalui udara dalam rumah. Tetapi, nama pun ciptaan manusia, sudah pastinya ia mempunyai limit limit tertentu (dibaca: kelemahan).

Mengurangkan risiko dari terdedah dengan virus covid 19 ialah tidak sama dengan menghapuskan virus itu sendiri. Dengan pasang penapis udara, ia bukan satu satunya cara untuk mencegah virus ni okay? Part ni korang kena faham beza nya.

Kebaikan Penapis Udara

Tapi deep down, abang tak nafikanlah, kalau pasang penapis udara ni banyak baiknya. Ia nya satu cara yang efektif untuk kau menghindarkan alergen, habuk dan asap dari dalam rumah.

Especially kalau spouse kau jenis smoker, atau ahli keluarga kau jenis merokok, memang sangat sangat recommended pasang penapis udara.

Untuk satu satu penapis udara itu terbukti keberkesanannya, ia mesti dapat menarik udara yang cukup secara konsisten untuk mengurangkan jumlah zarah yang mengandungi virus dan bakteria di udara.

Mesti Ada HEPA Filter

HEPA filter penapis udara

Penapis udara yang dilengkapi dengan HEPA filter di kebanyakan brand penapis udara di market kita sekarang, sememangnya diiktiraf oleh WHO untuk menapis 99.97% zarah yang bersaiz diameter 0.3 micron.

Apa yang menarik ialah lapisan penapis penapis yang turut ada didalam penapis udara juga turut berkesan menangkap zarah yang lebih kecil dan lebih besar dari 0.3 micron termasuk virus Covid 19.

lapisan filter dalam penapis udara

Nah ini tips abang suggest dekat korang selaku pengguna penapis udara hampir 7 tahun ini, kalau ada orang dalam rumah kau yang tidak sihat, kau patut asingkan dia dalam bilik dan ON kan penapis udara 24 jam dalam bilik tu.

Macam Mana Nak Tahu Keberkesanan Penapis Udara itu

Satu lagi, keberkesanan penapis udara itu juga bergantung pada kecepatan ia untuk menyegarkan semula udara dalam ruang litup nya.

Lebih cepat ia bertindak balas meneutralkan udara, lebih bagus penapis udara itu. Tapi, kau kena ingat satu perkara ni;

Mana mana zarah virus atau bakteria yang dah terlekat atau mendarat pada mana mana permukaan, ia tidak dapat ditapis kembali oleh penapis udara tu. Sebab penapis udara ni bukan vakum untuk sedut yang ada di lantai.

Dan macam abang mention tadi, ia ada juga limit limit tertentu kerana ia hanyalah ciptaan manusia. So jangan terlalu taksub dengan penapis udara korang k gais.

Jadi, bagaimana nak tahu kecepatan penapis udara ni meneutralkan udara dalam rumah? Mudah sahaja. Korang hanya perlu cek CADR penapis udara tu.

CADR penapis udara

CADR ini bermaksud Clean Air Delivery Rate (kadar kecepatan membersihkan udara). Kebanyakan penapis udara ada maklumat CADR ini.

Sebagai guideline untuk kau, a good CADR around 240 ft2 . Value ini bermaksud ia dapat menapis 5x lebih cepat setiap jam pada ruang litupnya.

Macam penapis udara yang abang guna sekarang ialah Penapis udara coway lombok 2 ni

CADR untuk lombok 2 ni terbahagi kepada 3 iaitu:

Dust: 234 ft2

Smoke: 247 ft2

Pollen:256 ft2

However, penapis udara ini salah satu dari banyak metod untuk kau cegah virus covid ni okay. At the same time, please please please praktis kan social distancing, pakai face mask bila keluar, kurangkan aktiviti diluar.

social distancing

Apa yang penting, pastikan kau beli penapis udara tu kau tahu filter filter yang perlu ada dalam dia dan filter itu bilakah jangka hayatnya atau boleh dicuci dan recycle.

Kesimpulan

Ituje lah perkongsian abang takat ni. Harap membantu kau yang tengah cari info pasal penapis udara. Suggestion abang, kalau kau tanya berkesan ke tak, itu terpulang pada cara kau gunakan nya. Kalau salah setup penapis udara ni, tak berkesan jugak.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

PENAPIS AIR COWAY BERASAP??

PENAPIS AIR COWAY BERASAP??

VIRAL! – Penapis Air Coway Berasap ... Baca selanjutnya »

PENAPIS UDARA DI OPTOMETRI

PENAPIS UDARA DI OPTOMETRI

Kenapa Penapis Udara Di Optometri Satu Keperluan Assalamualaikum wbt. Baru baru ni, abang nak ke klinik…... Baca selanjutnya »

PUNCA PUNCA EKZEMA

PUNCA PUNCA EKZEMA

PUNCA PUNCA EKZEMA YANG RAMAI TAK TAHU ... Baca selanjutnya »

Filed Under: Faktas Tagged With: boleh kah penapis udara bunuh covid 19, CADR penapis udara, kebaikan penapis udara, keberkesanan penapis udara

Previous Post: « KEDAI NASI BERLAUK ACT STATION
Next Post: CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • SABUN MANDI BABY PALING WANGI
  • PAKAR URUT WANITA – SEKITAR SELANGOR DAN KL
  • SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?
  • CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT
  • PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19?

Recent Comments

  • ismail bin abdul wahab on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Normawati binti abidin on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Alifah on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U

Archives

  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Faktas
  • Gajet
  • Jalan jalan
  • Kehidupan
  • Motivasi
  • Movie
  • Sakit Kulit
  • Umum

Copyright © 2021 Abang Kacak on the Foodie Pro Theme