• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Kacak

  • Abang Punya Cerita
  • Siapakah Abang Kacak
  • Archives
  • Call Abang
You are here: Home / Kehidupan / PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI ROYAL BELUM PERAK

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI ROYAL BELUM PERAK

15 April 2019 by rajayusaini 2 Comments

boathouse royal belum perak

ASSALAMUALAIKUM WBT

Pada 12 sampai 14 april haritu, abang telah ditaja sepenuhnya oleh Coway pergi trip 3 hari 2 malam di Royal Belum Boathouse, Perak.

Melawat perkampungan orang asli

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI ROYAL BELUM PERAK
gegadis ni semua naik speedboat untuk ke perkampungan orang asli royal belum

Aktiviti hari pertama kitorang ialah melawat perkampungan orang asli. Best woo, elok je boathouse kami parking di checkpoint 1 untuk bermalam, kami terus gerak ke perkampungan orang asli naik speedboat dalam 40 minit dari checkpoint 1.

Masa touchdown di perkampungan orang asli, waktu tu satu je dalam hati abang,

Ya Allah bersyukur nya aku dengan segala nikmat yang Kau kurniakan padaku.

Sebab bila abang di situ, memang terus terang abang bagitau abang memang takleh move on dengan life macam tu. Coverage telefon OUT, data internet lagi lah takde. Perniagaan hakiki abang dah la 85.6% bergantung dengan internet. Memang agak stress la hari pertama tu.

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI ROYAL BELUM PERAK
baru touchdown perkampungan orang asli

Keadaan yang serba kekurangan

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI ROYAL BELUM PERAK

Inilah rupa keadaan tempat tinggal geng orang asli ni. Takde tv, takde astro, takde netflix, hanya bertemankan kicauan burung dan jiran jiran je untuk tahu cerita semasa. Memang diorang terlindung dari pencemaran media sosial zaman sekarang la cerita dia.

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI ROYAL BELUM PERAK
inilah tempat santai santai orang asli disini.

Tiada gajet, tiada media elektronik, hanya mereka

Waktu abang jejak kaki ke kawasan perkampungan tu, first skali yang abang dapat tengok, budak budak main dengan riang, tanpa gajet, tv dan kartun.

Mereka ni tak tau pon katun tu apa, kalau tanya didi n friends pon dorang tak tahu. Ni lah satu part yang abang sangat kagum! Kalau kau nak tahu, anak anak diorang yang umur sebulan pun tak pakai pampers, Haha, hebat kan?

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI ROYAL BELUM PERAK

Bermain di tasik dengan riang dan girang. Tanpa perlu memikirkan masalah kerja sekolah, baju raya, dan sebagainya.

Wajah wajah inilah yang bakal mewarisi hasil tanaman dan perniagaan kecil kecilan orang asli disini. Bila abang tengok gambar diorang, buat abang teringat dekat anak abang dekat rumah. Syahdu, bersyukur sangat dengan segala nikmat yang Allah dah berikan.

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI ROYAL BELUM PERAK

Orang orang asli yang mesra dan peramah

Mereka ni semua peramah dan sangat merendah diri. Abang suka berborak dengan diorang. Kebanyakan sumber makana mereka ialah dari ubi yang di tanam sendiri di tepi tepi rumah mereka.

Dan selalunya mereka akan dapat bekalan beras hasil dari sumbangan masyarakat setempat.

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI ROYAL BELUM PERAK

Trip ke perkampungan orang asli waktu ni, memang membuka mata abang, dan memberi satu impak yang besar dalam kehidupan abang. Sebenarnya, kita ni sangat kurang untuk bersyukur atas nikmat nikmat yang tuhan dah kurniakan. Sebab tu lah rezki pon terkemut kemut je yang datang.

InsyaAllah, lepas ni, lebihkan bersyukur dan perbaiki diri kita sebelum terlambat.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

TREKKING AIR TERJUN SUNGAI KOOI

TREKKING AIR TERJUN SUNGAI KOOI

ASSALAMUALAIKUM WBT Subhanallah, indahnya ciptaan tuhan! Inilah air terjun sungai kooi yang berada dalam hutan royal belum ni. Tapi…... Baca selanjutnya »

KEDAI DOBI MUSLIM SELAMA, PERAK.

KEDAI DOBI MUSLIM SELAMA, PERAK.

ASSALAMUALAIKUM WBT Macam biasalah, bila balik kampung, ramai orang pulak tu, que nak basuh baju pun panjang, jadi abang…... Baca selanjutnya »

MASAKAN MAK PALING SEDAP

MASAKAN MAK PALING SEDAP

ASSALAMUALAIKUM WBT Harini, 7 april 2019, abang dan family balik belah rumah mertua. Sebab 8 april ni, abang dan…... Baca selanjutnya »

AIR TERJUN SUNGAI ROUK

AIR TERJUN SUNGAI ROUK

ASSALAMUALAIKUM WBT. Hari kedua selepas trekking di sungai kooi, petang tu kami beramai ramai bermandi manda di air terjun…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan Tagged With: trip royal belum coway

Previous Post: « IDEA BISNES PADU TANPA MENGELUARKAN MODAL BESAR
Next Post: TREKKING AIR TERJUN SUNGAI KOOI »

Reader Interactions

Comments

  1. Izzah Ailmie

    23 January 2020 at 11:23 am

    assalammualaikum, boleh saya tahu lebih details mengenai orang asli di royal belum. Misalnya, berapa orang penduduk yang menetap di sana. Bagaimana mereka menjalankan aktiviti harian mereka seperti sekolah, makan, mandi dan sebagainya. Apakah sumbangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak kepada perkampungan ini? Boleh abang jelaskan.

    Reply
    • rajayusaini

      3 February 2020 at 5:38 pm

      waalaikumsalam. allahu, izzah abang dah lupa la berapa exact penduduk di sana. maybe kena repeat pegi royal belum lagi ni. kahkah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • SABUN MANDI BABY PALING WANGI
  • PAKAR URUT WANITA – SEKITAR SELANGOR DAN KL
  • SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?
  • CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT
  • PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19?

Recent Comments

  • ismail bin abdul wahab on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Normawati binti abidin on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Alifah on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U

Archives

  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Faktas
  • Gajet
  • Jalan jalan
  • Kehidupan
  • Motivasi
  • Movie
  • Sakit Kulit
  • Umum

Copyright © 2021 Abang Kacak on the Foodie Pro Theme