Assalamualaikum wbt
Dulu masa tahun 2013, abang hampir hampir kena heat stroke (renjatan haba) korang tau. Waktu tu memang abang tengah peaking untuk bertanding dalam salah satu sukan di Malaysia ni.
Waktu tu, abang macam tak ambil pusing sangat isu heat stroke ni. Banyak Law of Body Mechanism yang abang langgar masa ni. Sehinggalah pada satu game mini strongman di Selangor waktu tu, abang jatuh rebah sebab kekurangan air dalam badan.
Rebah tak sedarkan diri
Waktu rebah tu, mata abang memang gelap terus. Tak sedar apa dah. Mujur lah setiap game strongman ada medik yang berdekatan dan pakar. Terus dorang buat rawatan secepat mungkin dekat abang.
Game strongman ni biasa nya diadakan dua hari, rutin pertama akan mula jam 8 pagi gitu la, sampai last rutin jam 5 petang. Jadi kau bayangkan lah, memang berasap kepala rutin time pukul 12 tengah hari sampai ke 5 petang tu.
Beli air mineral berkaton katon
Dijadikan cerita, waktu tu pulak memang takde la nak isi air bagai sebab masa tahun 2013 tu, abang memang akan beli air botol mineral 5 liter tu sekaton dan habis dalam seminggu je tau. Pastu, time nak pegi game memang abang tak bawak la sebab susah nanti balik nak kena beli lagi.
Abang paling tak suka beli dekat air mesin RO sekupang tu, sebab rasa dia tak sedap. Huhu. Korang pun mesti setuju kan? Tapi perkara pokok nya, abang memang malas nak isi air dalam botol sebab takde kemudahan waktu tu.
Di pendekkan cerita, pada hari kejadian tu, abang memang tak prepare air sangat sebab terlalu fokus pada rutin game. Jadinya, masuk rutin ketiga lebih kurang jam 2 petang tu, abang pun ting tong lah ceritanya. Kahkah
Doktor diagnos hampir terkena renjatan haba
Selepas doktor diagnos, abang kurang air dalam badan dan hampir terkena renjatan haba. Allahuakbar. Syukur sangat Allah masih panjangkan umur abang. Rasa nak menangis waktu tu.
Waktu tu kepala abang berdenyut, nafas abang laju penglihatan semua jadi kabur. Dalam kepala masa tu, ” mungkin ini game last aku akan join dalam hidup aku.” Tu je yang ada dalam kepala abang. Tapi esok nya, abang dah ok balik, terus abang training macam biasa. Kahkah
Semenjak dari tu, abang takkan tinggal botol air 2.5L abang ni kemana saja abang pergi tau. Sebab tu kau akan nampak botol air besar tu sentiasa disisi abang. Kahkah
Alhamdulillah, semua yang terjadi tu ada hikmahnya. Abang memang kuat minum air sekarang, paling kurang 6 liter sehari. Tu paling kurang tau kalau abang takde latihan. Kalau tengah on training, minima dia jadi 8 Liter.
Ingat, minum air secukupnya ok geng, kau jangan pandang remeh benda ni. Badan kau tu 70% kandungan air. Otak nak berfungsi pun menggunakan air jugak. Sebab tu kau rasa kurang waras berfikir sebab air tak cukup dalam badan menyabkan otak kau kekurangan oksigen.
Leave a Reply