• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Kacak

  • Abang Punya Cerita
  • Siapakah Abang Kacak
  • Archives
  • Call Abang
You are here: Home / Faktas / RAMADHAN DAN FITNESS

RAMADHAN DAN FITNESS

7 May 2019 by rajayusaini Leave a Comment

Cara Untuk Turunkan Bodyfat Dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt. Abang tahu, korang yang tengah nak naik otot dalam bulan Ramadhan ni mesti terfikir fikir the best solution untuk turunkan body fat kan?

Ramai yang tersalah faham dengan konsep penurunan berat dan penurunan lemak dalam badan. Penurunan berat badan sewaktu ramadhan ialah normal, disebabkan kita mungkin akan kekurangan air dan sebagainya.

Tapi result ultimate yang kita mahukan ialah penurunan lemak dalam badan sebenarnya. Sebab itu, ada yang semasa bulan puasa, berat turun mendadak, tapi rupa fizikal (baca: dalam keadaan naked) bila berdiri depan cermin, masih tak memuaskan.

Jadi kat sini abang nak kongsikan dengan korang semua cara yang insyaAllah boleh memberi impak padu untuk turunkan peratusan lemak dalam badan korang sepanjang bulan Ramadhan.

Implemenkan kalori defisit sewaktu iftar dan sahur.

RAMADHAN DAN FITNESS
boleh google je kalori deficit kalkulator, dan kira sendiri kalori harian korang.

Ok, untuk menurunkan peratusan lemak dalam badan, tiada magik pill yang perlu korang hadam, tiada magik program yang boleh bantu korang, melainkan korang betul betul strict pada kalori defisit korang untuk sehari.

Dalam bulan ramadhan, ianya fasa yang sangat sesuai untuk mengamalkan kalori defisit sebab kita hanya ada 12 jam sahaja eating window, yang mana sepanjang sehari kita menahan lapar dan dahaga.

Minum air kosong secukupnya untuk proses hidrasi badan.

RAMADHAN DAN FITNESS

Otot kita mengandungi 60% kandungan air, dan untuk ia berfungsi dengan optimum, otot memerlukan jumlah air yang signifikan. Kau jangan tak tahu, otot kita ni memang memerlukan banyak air supaya dia sentiasa dapat melakukan pekerjaan harian kita.

Lakukan latihan bebanan dengan volume yang rendah

RAMADHAN DAN FITNESS

Bila masuk bulan puasa, abang memang akan ubah semua program latihan abang. Terutama kalau tengah peaking untuk compete. Sewaktu bulan puasa, untuk orang yang normal, abang sarankan korang buat latihan bebanan di gim atau di rumah dengan tempo yang sederhana sahaja.

Timing terbaik untuk lakukan latihan bebanan seeloknya sejam sebelum berbuka puasa. Lakukan latihan pada volume 50% dari biasa, dan kalau rajin, lebihkan dalam 25% pada intensiti latihan.

Hakikat sebenar

RAMADHAN DAN FITNESS
carta kasar purata rupa bentuk badan pada tahap peratusan lemak dalam badan.

Walaupun individu A berjaya turunkan berat badan sebanyak 20kg sepanjang bulan ramadhan, belum tentu dia berjaya menurunkan peratusan lemak dalam badan secara signifikan.

Manakala individu B yang berjaya menurunkan peratusan lemak dalam badan yang signifikan, contoh dari 30% body fat kepada 20% body fat, sudah mampu melihat perbezaan ketara pada physical badan seseorang.

Jadi korang jangan lah bangga dan riak pulak kalau dapat turun 20kg berat badan, tapi bodyfat turun 2% je. Kahkah!

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

HORMON DAN BERAT BADAN

HORMON DAN BERAT BADAN

ASSALAMUALAIKUM WBT Ramai kengkawan abang terlalu fokus pada penjagaan kalori…... Baca selanjutnya »

WANITA TAKKAN JADI SADO!

WANITA TAKKAN JADI SADO!

ASSALAMUALAIKUM WBT Minggu lepas masa abang…... Baca selanjutnya »

MEMBURU LAILATUL QADR

MEMBURU LAILATUL QADR

Tips Untuk Secure Seawal Minit Pertama Dalam Memburu Lailatul Qadr Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana…... Baca selanjutnya »

7 MITOS MENGENAI ALKALI DALAM MAKANAN DAN DIET KITA

7 MITOS MENGENAI ALKALI DALAM MAKANAN DAN DIET KITA

ASSALAMUALAIKUM WBT Semalam abang lepak bekpes dengan member abang dekat…... Baca selanjutnya »

TIGA KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG

TIGA KEBAIKAN MINUM AIR KOSONG

ASSALAMUALAIKUM WBT sedapnya tengah hari ni dapat air tembikai kan ... Baca selanjutnya »

Filed Under: Faktas Tagged With: cara turunkan bodyfat dalam bulan ramadan, ramadan dan fitness

Previous Post: « MEMBURU LAILATUL QADR
Next Post: STIMBOT BEST DI RAWANG »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • SABUN MANDI BABY PALING WANGI
  • PAKAR URUT WANITA – SEKITAR SELANGOR DAN KL
  • SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?
  • CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT
  • PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19?

Recent Comments

  • rajayusaini on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Normawati binti abidin on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Alifah on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KEDAI NASI BERLAUK ACT STATION

Archives

  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Faktas
  • Gajet
  • Jalan jalan
  • Kehidupan
  • Motivasi
  • Movie
  • Sakit Kulit
  • Umum

Copyright © 2021 Abang Kacak on the Foodie Pro Theme