ASSALAMUALAIKUM WBT
Pagi tadi, masa abang tengah memerut dalam tandas tetiba abang teringat yang wife abang dulu pernah kena ekzema masa kami baru baru kawen dulu. Jadi, harini abang cicipkan entri ni semoga jadi manfaat untuk korang semua.
4 RAWATAN EKZEMA SECARA TRADISIONAL
LEMAK SAYURAN
Maybe ramai yang tak tahu, lemak sayuran yang kita boleh dapat di Jaya Grocer ni, boleh jadi ramuan yang sesuai untuk disapu di atas kulit yang kering atau mengelupas.
Kau sapu pada kawasan yang terjejas dan tampalkan dengan surgical tape (tape ini boleh didapati di farmasi je, takyah menggelabah mana nak cari). Biarkan selama dua hingga empat jam untuk ia lembap pada kulit. Ulang rawatan ni setiap hari sampai ruam hilang.
Minyak sayuran, Minyak zaitun dan Oatmeal
Kau jangan pandang sebelah mata je minyak n oatmeal ni ok. Haha. Bahan ni kau boleh jadikan sebagai rawatan mandian dengan menambah satu cawan minyak sayuran atau minyak mineral ke dalam mandian hangat bagi melembapkan dan melicinkan kulit yang kering.
Korang jugak boleh modify dengan campurkan dua sudu teh minyak zaitun dengan segelas susu dan masukkan ke dalam air mandian.
Ketiga, korang buat mandian oatmeal sebab ia sangat baik untuk melegakan kulit gatal. Caranya mudah je, kau kisar beberapa cawan oatmeal (tidak berperisa), kemudian taburkan ke dalam air mandian. Tambahkan satu sudu teh minyak pati lavender untuk lebih menenangkan tubuh badan dan menyembuhkan kulit.
KUNYIT
Ni bukan kunyit gay tu tau, ni kunyit betul yang buat masak tu. Kahkah.
Curcumin, antioksidan yang ada dalam kunyit memang terbukti dapat melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas dan menyembuhkan luka dengan cepat. Bancuh satu sudu teh serbuk kunyit dengan air anggaran 200mL, dan sapukan pada tempat ekzema tersebut.
CUKA EPAL
Ramuan ni korang boleh gunakan untuk melegakan radang pada kulit atau terbakar dan juga dapat membasmi kuman. Guna kapas atau cotton buds untuk sapu cuka secara langsung pada bahagian tubuh yang bersisik atau sapu di kawasan yang lebih besar dengan tuala yang bersih.
Perhatian: Jangan guna ramuan ini jika kulit kau merekah atau berdarah sebab memang pedih beb sapu cuka epal ni tau.
Tapi apa apa pun, ni hanyalah ikhtiar kita sahaja, yang lain serahkan pada Allah.
Leave a Reply