Assalamualaikum wbt.
Dulu masa abang kecik kecik, arwah mak selalu beli sabun buku Lux tu. Kalau kau biasa tengok dia ada tulis lux dengan buku sabun tu.
Now dah susah sangat nak cari sabun dia. Abang pon tak tau masih wujud lagi ke tak sabun lux tu. Huhu
Anyway, bukan tu abang nak cerita kali ni. Abang nak share dengan korang, satu sabun yang super duper wangi. Sabun ni sabun untuk baby, tapi abang lenjan sekali. Kahkah!
Okay, so cerita dia gini, dulu abang dan wife dok guna sabun carrie junior dan antabax je untuk anak anak abang. Now lepas jumpa satu brand ni, abang terus ubah 359 darjah tau! Haaa
Melaleuca Store
Sabun ni abang dan wife beli masa kitorang shopping dekat green supermarket, Melaleuca.
Abang pon baru first time tahu ada green supermarket seumpamanya di malaysia.
Green supermarket ni maksudnya, bahan bahan buatan dan semua benda pada satu satu produk itu diperbuat dari tumbuh tumbuhan sahaja.
So kami pon beli lah sabun mandi dan syampu baby ni, Koala Pals.
Masa cuba syampu dan sabun ni, masyaAllah, wangi sungguh. Sumpah!
Bila pakai koala pals ni, terasa macam zaman kanak kanak abang dulu. Terasa dekattt sangat zaman tu. Itu yang terus buat abang jatuh cinta. Ewah!
Sabun ni jugak dari segi packaging dia sangat best, dan penutup dia di reka supaya ia tidak mudah terbukak tetapi friendly to use.
Ingredient Koala Pals
Botol biru ni ialah untuk sabun mandian baby.
Inilah bahan bahan yang digunakan untuk sabun mandi koala pals [please zoom in yeah, abang tak larat nak taip]
Botol kuning ni ialah syampu. So korang boleh baca lah ingredient apa kayyy
Kesimpulan
Jadinya, disebabkan sabun ini sangat wangi dan tahan lebih 12 jam bau dia, so abang nak share dengan korang pasal sabun ni. Korang boleh beli je dekat mana mana green supermarket melaleuca satu malaysia. Ada je stok dekat situ.
Okay, harap bermanfaat tau! Korang yang selama ni ketiak masam, gunalah sabun ni. Kahkah!
Leave a Reply