• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Abang Kacak

  • Abang Punya Cerita
  • Siapakah Abang Kacak
  • Archives
  • Call Abang
You are here: Home / Kehidupan / SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?

SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?

23 November 2020 by rajayusaini Leave a Comment

SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?

pasangan muda yang dah memiliki anak kecil, tetapi anak mereka mempunyai alahan habuk yang teruk,

Assalamualaikum wbt.

Abang ada kenal seorang pasangan suami isteri ni. Dorang muda lagi. Baru ada anak sorang.

Comel sangat baby tu. Tapi kasihan baby kecil ni.

naufal keletihan lepas menangis sebab dia menghidap ekzema sejak bayi

Kulitnya melecet, berair kemerah merahan macam kena ekzema. Kadang dia nangis je sebab sakit.

Menangis Sepanjang Malam

sapu ubat pun menangis sebab gatal dan pedih kulit baby tu

Apalah yang si comel ni mampu lakukan, nak garu masih tak reti, baru dua bulan. Nak bercakap konfem lah tak lepas.

Maka menangislah si bayi tak tentu masa, mengharapkan si ibu dan ayah mengerti kesengsaraan yang di tanggung.

Mak ayah mana yang hatinya tak rapuh bila asyik dengar je anak dia nangis. Tempoh hari masa pergi hospital selayang, ada lah doktor tu bagi ubat sapu.

Disapukan ubat lembut ke pipi anak tu tadi, masih juga dia menangis. Naufal Akram, ya itulah nama bayi mereka. Putih, gebu berat lebih kurang 3.8kg

Kemudian, ikhtiar lain pula, di sapunya bedak sejuk ikut petua mak bagi. Namun Naufal si comel ni masih lagi menangis tak henti henti.

ubat ubat krim untuk membendung masalah kulit ekzema.

Sebut je ubat gatal jenis apa, semua dah disapu. Semua dah dicuba. Namun hampa.

Emosi Terganggu

mak dan ayah naufal stress dan kemurungan sebab anak nya sentiasa menangis sakit dari ekzema,

Terganggu emosi si ibu dan ayah yang memikirkan solusi untuk Naufal.

Akhirnya si ibu dan ayah buat keputusan berjumpa pakar kulit di sebuah klinik di Sri Petaling. Sementelah berjumpa doktor pakar itu, doktor sarankan agar Naufal menjalani ujian alahan untuk ketahui lebih detail jenis sakit dan punca.

Total kos ujian itu saja bernilai RM677.00

bil ujian darah

Allahu beratnya dugaan pasangan muda ini.

Mak ayah mana tak sayangkan anak. Jadi, saranan doktor itu pun diturutkan jua. Mujur lah pasangan ini sangat bijak menabung, ada duit kecemasan untuk digunakan.

Hasil Keputusan Ujian Darah

test sample darah

2 hari selepas ujian dijalankan, doktor tadi telefon semula pasangan ini. Memberitahu result hasil ujian darah.

“Assalamualaikum Encik Afif, saya Doktor Azril ni” – Doktor Pakar tadi telefon

“Waalaikumsalam. Ya doc, macam mana result test darah anak saya?”

“Anak encik Afif ni sebenarnya mengalami kulit yang sangat sensitif pada habuk.

perbualan antara doktor dan ayah naufal

Tidak terfikir langsung oleh si ibu dan ayah, sekecil kecil habuk boleh membuatkan anak mereka menderita.

apartment tinggi memang cenderung mengalami pencemaran habuk

Rumah apartment mereka di kepongmas berada di tingkat 21. Memang tinggi. Kawasan sekeliling pula tengah dalam pembinaan lagi, ada dua buah apartment bakal naik disitu. Memang sibuk dan sangat berhabuk jalannya.

untuk alahan habuk, penapis udara HEPA filter sangat sesuai,

“Jadi, encik Afif dan Puan Iza kena sentiasa bersihkan rumah. Tirai di balkoni kena sentiasa di tutup. Supaya habuk kurang masuk dalam rumah. Oh ya, dan kalau boleh, pasang satu penapis udara yang ada fungsi HEPA dalam rumah ya.” – Tambah Doktor Azril tadi.

Tanpa disangka sangka, setelah pelbagai ikhtiar, kali ni saranan doktor pakar amat berbeza dengan doktor doktor lain. Jadi mereka pun akur dan mula mencari penapis udara yang terbaik untuk anak mereka.

Setahun Kemudian

Alhamdulillah, selepas setahun menggunakan penapis udara, mengamalkan SOP kebersihan yang di sarankan doktor, gatal gatal di badan Naufal dah kurang sangat sangat.

Kini, Naufal pon dah boleh berjalan. Laju sangat bila dia dapat kaki ni.

Setiap kali main diluar, si ibu akan sapukan losyen khas yang doktor Azril sarankan, supaya peluh si anak tidak bertindak balas dengan gatal tu tadi.

Naufal pun dah dapat kaki, dah mula belajar berlari, bukan main tergedik-gedik dia tergelak gembira.

Ini lebih bagus dari menangis semalaman kan? Alhamdulillah.

Kesimpulan

Ini kisah benar seorang kawan abang, yang diceritakannya sendiri pada abang.

Kawan kaan, anak kecil ni sangat rapuh. Sistem imunnya masih belum kuat. Kita mungkin boleh tahan, tapi si kecil ini belum tentu lagi.

Dah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melindungi amanah Allah ini. Jadi abang nak tanya kau,

Sayang anak atau sayang duit?

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

ANAK DEGIL TAK NAK MINUM AIR KOSONG

ANAK DEGIL TAK NAK MINUM AIR KOSONG

ASSALAMUALAIKUM WBT Last few days ago kawan abang share satu perkhabaran yang sangat memuaskan hati abang. Dia ni…... Baca selanjutnya »

REVIEW FILEM WONDER

REVIEW FILEM WONDER

ASSALAMUALAIKUM WBT “When given the choice…... Baca selanjutnya »

ALTERNATIF RAWATAN EKZEMA

ALTERNATIF RAWATAN EKZEMA

Alternatif Rawatan Ekzema Secara Alami ... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Sakit Kulit Tagged With: ekzema, kenapa perlu ada penapis udara, kulit bayi sensitif, sayang anak atau sayang duit

Previous Post: « CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT
Next Post: PAKAR URUT WANITA – SEKITAR SELANGOR DAN KL »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • SABUN MANDI BABY PALING WANGI
  • PAKAR URUT WANITA – SEKITAR SELANGOR DAN KL
  • SAYANG ANAK ATAU SAYANG DUIT?
  • CARA TOPUP TOUCH N GO GUNA KAD KREDIT
  • PENAPIS UDARA ‘BUNUH’ VIRUS COVID 19?

Recent Comments

  • ismail bin abdul wahab on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U
  • rajayusaini on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Normawati binti abidin on KRIM GATAL BEBAS STEROID UNTUK EKZEMA
  • Alifah on CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB MELALUI MAYBANK2U

Archives

  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Faktas
  • Gajet
  • Jalan jalan
  • Kehidupan
  • Motivasi
  • Movie
  • Sakit Kulit
  • Umum

Copyright © 2021 Abang Kacak on the Foodie Pro Theme