Port Makan Stimbot Best Dekat Rawang
Assalamualaikum wbt.
Semalam abang dan wife pi berbuka dekat satu port baik punya, stimbot best di rawang. Sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudan kedai tu dekat sana. Elok je wife abang jumpa iklan tu, terus dia roger abang laju laju. Abang pon ON la apa lagi. Kahkah.
Nama kedai dia kau boleh cari D’Corner Steamboat Cheese and Grill. Kau boleh jugak search dekat FB nama page diorang ni D’Corner
Tempat yang bersih dan selesa
Kedai ni macam agak baru, jadi abang memang expect environment yang segar dan menarik la. Dan alhamdulillah, it really meets my expectations.
Menu yang menarik untuk kedai bersaiz sederhana
Pelbagai jenis mee pilihan perut
Untuk korang yang jenis hantu mee, hah, kau pilih la mana mana mee feveret kau. Sedap kalau masak dalam kuah tomyam dia.
Overall, abang suka konsep dia yang simple je, yelah sebab tempat kecik, jadi diorang make use of it la. Semua ok. Makanan pon sedap. Tomyam dia padu wey. Terangkat. Serius ni.
Kalau korang nak datang, abang suggestkan kau call dulu untuk booking ok. Sebab dikhuatiri ramai orang dekat tempat ni. Korang boleh refer working hours dan harga dia dekat bawah ni
Leave a Reply