ASSALAMUALAIKUM WBT
Abang bila bangun pagi, abang ada satu amalan yang abang dah buat lebih 10 tahun dah untuk memastikan kesegaran otak dan kecerdasan fizikal, iaitu setiap kali bangun pagi abang akan minum 1 liter air suam TANPA GAGAL.
Kenapa air suam? Abang pun tak tahu. Ini petua mahaguru abang dulu, jadi abang pun ikut je. Kalau korang nak rasa perubahan yang ketara jugak, folow lah macam abang buat tu.
4 TERAPI AIR PUTIH
Meh abang nak share dengan korang semua 4 amalan terapi air putih yang abang buat setiap hari untuk memastikan kecerdasan dan kecergasan abang menten je sepanjang hari dan semoga bermanfaat untuk semua ;
1. Minum segelas air suam (sekurang kurangnya), masa bangun tidur dapat membersihkn organ-organ dalaman.
Ni macam yang abang bagitau atas tadi. Kajian saintifik nya abang pun tak sempat nak baca lagi, nanti abang share link nya. Minum segelas air SUAM sekurang kurang nya k. Abang amalkan 1 liter terus. Sikit ja 1 liter tu. Kahkah.
2. Minum segelas air, 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.
Ni bukan sahaja dapat bantu fungsi pencernaan, tetapi dapat memberi rasa kenyang sekaligus dapat kurangkan portion makanan kau tu.
3. Minum segelas air, sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
Bila kau minum air suam terutamanya sebelum mandi, dia akan mengembangkan pembuluh darah kau, yang boleh membantu menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air, sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung.
Ramai yang tak suka minum air kosong sebelum tidur sebab malas nak bangun kencing tengah malam (abang geram je dengar orang sembang gini, rasa nak tendang je kahkah). Hakikatnya, minum air sebelum tidur ialah tindakan bijak untuk kau membuang toksin yang tak diperlukan dalam badan.
Paling penting dapat membantu mengelakkan dari terkena serangan stroke dan membantu untuk tidur kita lebih nyenyak.
Minum air kosong baru hilang haus
Hehehe, nak lagi sedap letak stevia.