ASSALAMUALAIKUM WBT
Harini abang bosan sikit dekat rumah, yelah, selepas selesai je uruskan tempahan penapis air untuk harini, abang terus balik rumah sebab badan tak berapa sedap. Macam nak demam gayanya.
Jadi abang pun amek segelas air sejuk bersuhu 4 darjah celcius, dan meneguk dengan penuh kenikmatan. Dap emm. Terus dapat idea nak share dengan korang tiga kebaikan minum air kosong ni.
1- 70% BADAN MANUSIA MENGANDUNGI AIR
Air kosong ni amat penting untuk tubuh badan tau, kau boleh refer entri abang yang ni kalau tak percaya :
Pautan berkaitan:
70 peratus daripada badan kita mengandungi air, H2O. Ia sangat penting untuk membawa keluar toksin dari badan kau tu. Seorang dewasa yang aktif macam abang, minum sekurang kurangnya 6L air kosong sehari tau, baru air kencing warna jernih.
2- SIFAR KALORI
Ha ok part ni ramai yang tahu tapi malas nak amalkan. Kau tahu dah kan air kosong ni sifar kalori, pastu kau susah payah la ber ‘DIET’ ayam rebus la, ayam bakar la, makan beras perang la, tapi pengurusan kalori kelaut!
Minum air kosong banyak banyak untuk ‘jimatkan’ penggunaan kalori kau setiap hari. Baru la senang nak kalori deficit. Alah kau baca lah entri abang pasal nak kurus tu dekat link bawah tu ;
Pautan berkaitan:
Kalori deficit : Macam mana nak kurus
3- MENYEIMBANGKAN SUHU BADAN
Kau perasan tak yang ada masa kau berpeluh? Haa tu tanda badan kau tengah buang haba dalam badan supaya badan kau tak ‘overheat’. Macam radiator kereta la.
Kau jangan ingat badan kau berpeluh sebab tengah bakar lemak tau, abang cubit telinga kau nanti. Jadi, bila kau tengah berpeluh dengan lebatnya, maka kau kena minum air semula untuk top up balik air yang dah hilang tadi tau. Baru lah kau tak terkena heat stroke (follow entry bawah ni jugak).
Pautan Berkaitan:
Heat Stroke : Punca Heat Stroke
Abang harap lepas korang baca entri ni, please banyakkan minum air kosong lagi lagi time waktu panas macam ni tau!
Leave a Reply