ASSALAMUALAIKUM WBT
Semalam abang n wife saja p usha usha uptown bukit beruntung yang baru bukak tu. Kami ni dengar je uptown mesti nak pegi tengok, yela, dulu masa zaman belajar banyak kenangan dekat uptown ni. Kahkah
Jadi entry ni abang share dengan korang yang sekitar bukit beruntung dan rawang, kalau nak singgah, mai la datang ke Uptown Bukit Beruntung.
Elok je sampai dalam jam 9.30 malam tu, meriah habiss. Ramai jugak orang yang datang bawak famili lepak lepak. Rupanya setiap hari ada live band yang akan perform dekat situ. Ya, setiap hari beb. Bagus la organizer yang bermati matian nak naikkan semula bukit beruntung ni.
Masuk je situ walaupun tak ramai lagi yag meniaga, tapi boleh tahan banyak variety kedai makan di situ. Paling rare ada nasik goreng dabai dan mee kolok ni
OK ni lah live band tu. Mentari merah nama nya. Boleh la nak buat habuan lepak santai dengan orang yang tersayang atau kengkawan.
Kalau korang nak datang sini, abang suggest datang lah weekend, sebab waktu tu lagi ramai orang meniaga and macam macam barang ada jual. Macam abang datang hari jumaat, so tak berapa sangat suasananya.
Leave a Reply