ASSALAMUALAIKUM WBT
Minggu lepas masa abang tengah training dalam gym, ada sorang awek ni tegur abang. Mula mula abang terperanjat, yelah, ingatkan sebab dia nak ngorat abang, rupanya dia nak tanya beberapa benda dekat abang. Kahkah
Maizurah (bukan nama sebenar) mintak tips dekat abang, tips untuk badan menten kurus dan fit. Jadi abang pun sarankan pada dia, untuk tambah lagi jisim otot. Tetiba dia jadi kaget, dia taknak jadi sado macam bodybuilder tu katanya.
Ok lah, abang kongsi dengan korang fakta tentang otot dan tubuh badan kita ok, kau yang perempuan take note.
FAKTA – Perempuan takkan jadi sado macam lelaki
Kenapa? Sebab definition otot dan jisim dia amat dipengaruhi dengan dua benda iaitu;
a) testosteron
b) growth hormone (GH)
Orang lelaki boleh memiliki otot yang lebih besar dan define disebabkan dua faktor ini tadi. Memandangkan wanita dominan kepada hormon progesteron dan estrogen, jadi otot mereka lebih kecil berbanding lelaki.
Namun!! Fungsi otot tetap sama. Meningkatkan kadar metabolisma didalam badan, dan memberi support super kuat pada tulang kita, especially bila kita buat kerja berat, atau pun bila kita tua nanti.
Jadi, kaum wanita di luar sana, jangan lah takut andai badan kau berketul ketul bila pegi ke gym untuk weight lifitng ke, atau angkat bebanan biasa, sebab otot kau takkan sama macam bodybuilder. Nak dapatkan otot macam bodybuilder wanita, memerlukan dedikas 300%, lebih dari apa yang kita bayangkan.
Leave a Reply